AL-BASHAR

  • 12. AL-BASHAR (  )

Ertinya: Melihat tiada dengan biji mata.

Maka hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada, yang qadim lagi azali, berdiri pada dzat Tuhan, maka dengan dia nyata dan terang dan meliputi pada tiap-tiap yang ada sama yang ada itu wajib seperti dzat dan sifat Tuhan atau yang ada itu harus dan sama ada yang harus yang telah ada atau yang lagi akan diadakan dan tidak terlindung
pandangannya oleh gelap atau dengan sebab jauh atau kccil.

Yang demikian zahirlah Tuhan itu wajib baginya bersifat melihat, sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tiada, jauh atau dekat, waktu terang atau gelap, zahir atau tersembunyi, maka semuanya dilihat oleh Allah Ta’ala. Yang demikian apabila seseorang ada kepercayaan seperti itu tiada dapat tiada nafsunya tunduk di bawah titah perintah Allah Subhanahu wa ‘I‘a’ala dengan memperbuat apa yang diperintah dan meninggalkan apa-apa yang dilarang, kerana ia percaya kepada Tuhan ada melihat dia, tatkala itu bangkitlah semangatnya tiada berani membuat kesalahan seperti mencuri sekalipun tidak dilihat oleh manusia. Yang demikian dikehendakkan seseorang beriman kepada sifat Tuhan dengan iman yang sama pendapatannya dengan pekerjaannya supaya berbetulan ‘amalannya dengan kepercayaan yang menyelamatkan daripada pangkat munafiq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *