Tanggungjawab Orang Upahan

Tanggungjawab Orang Upahan

Terdapat dua jenis orang upahan

1. Orang upahan untuk tugas khusus

Orang upahan untuk tugas khusus ialah orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melakukan sesuatu kerja dalam tempoh tertentu dan pengupah berhak memanfaatkan tenaga orang yang diupah sepanjang tempoh tersebut, manakala orang upahan pula berhak memperolehi bayaran upah walaupun tidak melakukan sebarang kerja. Ataupun, orang yang mengikat kontrak dengan pengupah untuk melakukan sesuatu kerja tertentu dan dia tidak boleh menerima kerja-kerja lain daripada orang lain sebelum kerja tadi selesai. Contohnya, pekerja di makmal, pekerja di kedai runcit
atau kilang seperti tukang jahit atau sebagainya. Begitu juga dengan tukang cat, tukang bina, tukang kayu dan sebagainya yang bekerja
dalam seliaan dan kehadiran pengupah.

Orang upahan seperti ini tidak perlu bertanggungjawab dengan kerja-kerja yang dilakukan kecuali jika mereka menyalah guna atau cuai dengan kerja mereka. Contbhnya mereka dengan segaja merosakkan atau tidak menjaga dengan baik aspek penjagaan dan cara bekerja.

Alasan bagi hukum ini ialah, pengupah disahkan dari segi hukum sebagai orang yang bertanggun awab dengan kerja tersebut. Manakala orang upahan hanyalah membantu melaksanakan kerja- kerjanya atau perusahaannya. Dengan itu pengupah diibaratkan seperti orang yang meminta tolong secara wakil.

2. Orang upahan untuk tugas bersama

Orang upahan untuk tugas bersama ialah orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melaksanakan kerja tertentu dan dia berhak mendapat bayaran upah setelah kerja tersebut selesai. Mungkin dia akan mengikat kontrak tersebut bersama- sama orang lain untuk melakukan kerja yang sama, atau dalam masa yang sama dia mengikat kontrak dengan pengupah lain.

Kerja yang dilakukannya itu pula biasanya tidak perlu diselia atau dihadiri oleh pengupah. Malah dia melakukan kerja tersebut di rumah atau di kedai atau di bengkel tanpa seliaan atau kehadiran pengupah seperti tukang jahit, tukang celup, tukang dobi, tukang angkut jika dilakukan untuk dua orang atau lebih, tukang baiki kereta dan sebagainya.

Semua orang upahan ini (atau kadangkala dinamakan oleh fuqahak sebagai as-sunna’ (tukang)) tidak perlu bertanggungjawab dengan kerja yang mereka lakukan kecuali jika mereka menyalah guna. Pada dasarnya, barangan yang digunakan hanyalah amanah di tangan orang upahan kerana dia secara sukarela bersetuju menjaganya disebabkan bayaran upah yang diterima hanya untuk kerja yang dilakukan. Selain itu, penjagaan barangan tersebut juga dilakukan hanya untuk kebaikan pengupah. Dengan itu orang upahan tidak perlu bertanggun awab terhadap sebarang kerosakan
kecuali jika mereka menyalah guna atau cuai.

Menurut pendapat Abu Yusuf dan Muhammad, iaitu dua orang ulama mazhab Abu Hanifah rh.a., orang upahan untuk tugas bersama perlu bertanggungjawab dengan barangan yang rosak di tangannya, kecuali jika kerosakan disebabkan oleh punca yang tidak boleh dielak seperti kebakaran atau tenggelam, seperti yang biasa berlaku. Jika kerosakan atau kemusnahan tersebut disebabkan oleh punca yang biasanya boleh dielak seperti kecurian atau sebagainya, orang upahan perlu bertanggungjawab.

Alasan mereka ialah bagi menjaga kepentingan orang ramai. Mereka ini jika tidak dipertanggungjawabkan terhadap kerja-kerja yang djlakukan, mereka akan bersikap sambil lewa terhadap barang- barang milik pengupah dan mereka akan menerima kerja-kerja yang di luar kemampuan mereka. Sedangkan, orang ramai amat memerlukan kerja-kerja mereka. Oleh itu, demi kepentingan orang ramai, mereka perlu dipertanggungjawabkan. Langkah ini perlu agar mereka memelihara harta-harta milik orang ramai yang ada
di tangan mereka.‘

Kami merasakan pendapat ini lebih sesuai untuk diamalkan pada hari ini.

1 Sila lihat secara lebih mendalam berserta dalil-dalil setiap mazhab dalam buku, Athar al-Adi/Iah al-Mukhtalaf Fiha Fi al-Fiqh al-lslami, karangan Dr. Mustafa al-Bugha, hal_71

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *