PERTAMA : DUNIA

PENGHALANG IBADAH ADA 4:

  1. DUNIA
  2. MAKHLUK/MANUSIA TOLEH
  3. SYAITAN
  4. HAWA NAFSU

 Dunia & Isinya

  1. Cara menolaknya dengan bersifat zuhud.
    Dengan bertajarrud (iaitu mengosongkan hati) daripada (cintakan dunia) hidup zuhud
  2. Wajib bertajarrud dan berzuhud kerana dua perkara:
    1. Supaya ibadat itu mantap lurus dan banyak.
      Maka sesungguhnya gemar kasih kepada dunia menyebabkan sibuk zahir batin. Secara zahirnya sentiasa sibuk siang dan malam dengan menuntut habuan dunia, manakala batin pula memendam keinginan terhadap dunia.
      Sehingga menjadi tajuk percakapan hati sedangkan kedua-duanya akan menghalang ibadat.
    2. Memperbanyakkan nilai amalan dan membesarkan kemuliaannya.
      Maka apabila ibadat menjadi mulia dan banyak pahalanya dengan (sebab zuhudnya) maka wajiblah bagi orang yang menuntut ibadat berzuhud pada dunia dan bertajarrud daripadanya.

PENGERTIAN ZUHUD

“Apakah makna zuhud pada dunia dan apakah hakikatnya?

Zuhud ada  2:

  1. Zuhud yang mampu dilakukan
  2. Zuhud yang tidak mampu dilakukan dengan sepontan.

Zuhud yang mampu dilakukan ada tiga jenis :

  1. Tinggalkan dunia yang belum dimiliki
  2. Bahagikan harta yang terkumpul
  3. Tinggalkan kehendak kepada dunia dan tinggalkan ikhtiar mendapat habuan dunia.

Zuhud yang tidak mampu dilakukan dengan sepontan  ialah :

  • Perasaan tidak ingin terhadap sesuatu daripada dunia.

KEWAJIPAN BERTAUBAT KERANA 2 PERKARA:

KEWAJIPAN BERTAUBAT KERANA 2 PERKARA:

  1. Supaya mendapat taufik  mengerjakan taat.
    Maka sesungguhnya kesialan dosa-dosa itu mempusakai halangan (untuk mendapat kebajikan) dan nanti mengakibatkan kehinaan.
  2. Supaya ibadat diterima Allah.
    Kerana kedudukan taubat itu diumpamakan sebagai hutang yang wajib dibayar dan kedudukan ibadat sebagai hadiah sahaja.

Oleh itu, adalah wajib bertaubat kerana bahawasanyabertaubat daripada segala maksiat dan memohon keredhaaan Allah adalah kefardhuan yang mesti.

KEPENTINGAN ILMU IBADAT

1. ‘AQABAH ILMU

KEPENTINGAN ILMU IBADAT

  1. ILMU ADALAH PAKSI TEMPAT PERKISARAN EDARAN IBADAT
  2. ILMU DAN IBADAT ADALAH 2 BIJI PERMATA YANG BERHARGA
  3. KERANA ILMU DAN IBADAT ITULAH DITURUNKAN KITAB-KITAB SUCI DAN DIUTUSKAN PARA RASUL
  4. KERANA KEDUA-DUANYALAH DIJADIKAN LANGIT DAN BUMI SERTA APAYANG ADA PADANYA.
    Firman Allah: “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadat  kepadaku.” (56 – Azzariyat)
  5. Ilmu dan ibadat juga adalah maksud daripada penciptaan dunia dan akhirat

YANG MANA DULU….?  BERAMAL SEBELUM BERILMU…?

SABDA NABI SAW :

العلم- إمام العمل والعمل تابعه –

Ilmu itu adalah imam dan amal itu adalah makmum (Dikeluarkan antaranya oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/127), Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-`Ilm wa Fadhlihi (no. 202) dan lain-lain).

NABI SAW BERSABDA MAKSUDNYA:

فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ

“SESUNGGUHNYA KELEBIHAN ORANG ALIM DIATAS ORANG ABID SEPERTI KELEBIHAN DIRIKU DIATAS ORANG YANG PALING RENDAH MARTABATNYA DARIPADA KAMU (at-Tirmizi)

“TIDAK DAPAT TIADA SEORANG HAMBA YANG MEMPUNYAI ILMU ITU MELAKUKAN AMAL IBADAT ,

JIKALAU TIDAK NESCAYA JADILAH ILMUNYA ITU SIA-SIA SEPRTI DEBU YANG BERTABURAN DITIUP ANGIN.”

“ILMU ITU DIIBARATKAN POKOK DAN IBADAH PULA DIIBARATKAN BUAHNYA”

TELAH BERKATA HASSAN BASRI :

“TUNTUTLAH OLEHMU ILMU INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA IBADAT, DAN TUNTUTLAH IBADAT INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA ILMU.”

KEPENTINGAN  MENDAHULUI ILMU DARIPADA IBADAT :

  1. MENGHASILKAN IBADAT  YANG SEBENAR DAN TERSELAMAT  DARIPADA CACAT CEDERA
  2. ILMU YANG BERMANFAAT ITU  AKAN MEMBUAHKAN RASA TAKUT DAN HAIBAH KEPADA ALLAH TAALA

ASAS-ASAS AQIDAH PARA SALAF

TAMAT AQABAH PERTAMA

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEFAHAMAN YANG BAIK

DAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN UNTUK  MENGAMALKANNYA

MUQADDIMAH

 

  • Minhajul Abidin  bererti pedoman  asas bagi para ahli Ibadah.
  • Kitab tasawuf karangan Imam Al-Ghazali (Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tuusi)
  • Kitab ini ditulis menjelang wafatnya Imam Al-Ghazali (ditulis setelah Kitab Ihya Ulumuddin).
  • Imam Al-Ghazali menggunakan istilah ‘aqabah yang bererti jalan mendaki yang sukar ditempuh (tanjakan), rintangan dan metod.
  • Menurut Imam Al-Ghazali ada tujuh ‘aqabah yang dapat menyekat kualiti ibadah serta faktor-faktor yang menghalang komunikasi seorang hamba dengan Tuhan.
  • Tujuh tanjakan tersebut mesti ditempuh oleh setiap hamba untuk meningkatkan kualiti ibadahnya kepada Allah.

 

TUJUH ‘AQABAH

  1. ‘AQABAH ILMU
  2. ‘AQABAH TAUBAT
  3. ‘AQABAH PENGHALANG
  4. ‘AQABAH GODAAN (KEDATANGAN GANGGUAN-GANGGUAN RINTANGAN)
  5. ‘AQABAH PENDORONG
  6. ‘AQABAH PERUSAK
  7. ‘AQABAH PUJI DAN SYUKUR

 

1. ‘AQABAH ILMU

KEPENTINGAN ILMU IBADAT

  1. ILMU ADALAH PAKSI TEMPAT PERKISARAN EDARAN IBADAT
  2. ILMU DAN IBADAT ADALAH 2 BIJI PERMATA YANG BERHARGA
  3. KERANA ILMU DAN IBADAT ITULAH DITURUNKAN KITAB-KITAB SUCI DAN DIUTUSKAN PARA RASUL
  4. KERANA KEDUA-DUANYALAH DIJADIKAN LANGIT DAN BUMI SERTA APAYANG ADA PADANYA

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadat  kepadaku.” 56 – Azzariyat

5. Ilmu dan ibadat juga adalah maksud daripada penciptaan dunia dan akhirat

 

YANG MANA DULU….?  BERAMAL SEBELUM BERILMU…?

SABDA NABI SAW :

العلم- إمام العمل والعمل تابعه –

Ilmu itu adalah imam dan amal itu adalah makmum (Dikeluarkan antaranya oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/127), Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-`Ilm wa Fadhlihi (no. 202) dan lain-lain).

 

NABI SAW BERSABDA MAKSUDNYA:

«فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ»

“SESUNGGUHNYA KELEBIHAN ORANG ALIM DIATAS ORANG ABID SEPERTI KELEBIHAN DIRIKU DIATAS ORANG YANG PALING RENDAH MARTABATNYA DARIPADA KAMU (at-Tirmizi)

“TIDAK DAPAT TIADA SEORANG HAMBA YANG MEMPUNYAI ILMU ITU MELAKUKAN AMAL IBADAT ,

JIKALAU TIDAK NESCAYA JADILAH ILMUNYA ITU SIA-SIA SEPRTI DEBU YANG BERTABURAN DITIUP ANGIN.”

 

“ILMU ITU DIIBARATKAN POKOK DAN IBADAH PULA DIIBARATKAN BUAHNYA”

TELAH BERKATA HASSAN BASRI :

“TUNTUTLAH OLEHMU ILMU INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA IBADAT, DAN TUNTUTLAH IBADAT INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA ILMU.”

KEPENTINGAN  MENDAHULUI ILMU DARIPADA IBADAT :

  1. MENGHASILKAN IBADAT  YANG SEBENAR DAN TERSELAMAT  DARIPADA CACAT CEDERA
  1. ILMU YANG BERMANFAAT ITU  AKAN MEMBUAHKAN RASA TAKUT DAN HAIBAH KEPADA ALLAH TAALA

 

TIGA ILMU YANG WAJIB DITUNTUT:

  1. ILMU TAUHID
  2. ILMU FEQAH
  3. ILMU TASAWUF

 

Tahap kefardhuan dalam ilmu tauhid:

Sekadar dapat mengetahui tentang usuluddin mengenai ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara sam’iyat seperti malaikat dan perkara yang berkaitan dengan alam akhirat .

 

Tahap kefardhuan dalam ilmu tasawuf:

Mengenal segala yang diwajibkan dan segala yang dilarang sehingga terhasil perasaan mengagungkan Allah Taala ikhlas baik niat serta terselamat daripada cacat cedera.

 

Tahap kefardhuan dalam ilmu feqah:

Segala perkara yang difardhukan untuk dilaksana seperti bersuci, sembahyang dan puasa.

Adapun zakat ,haji dan jihad jika sudah tertentu fardhunya keatas anda nescaya anda wajib mengetahuinya, tetapi jika tidak menjadi kefardhuan kerana belum cukup syarat maka tidak wajib mengetahuinya.

Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambahkan ketakutan terhadap Allah, menambahkan peglihatan mata hati pada segala keaiban dan makrifat ibadat pada Tuhan,mengurangkan kegemaran pada dunia, menambah kegemaran pada akhirat,membuka mata hati pada perkara yang merosakkan amalan sehingga menampakkan segala tipu daya syaitan.

 

BERILMU TANPA BERGURU….? BERAMAL TANPA ILMU….?

Kata Imam Ghazali :

Ilmu tanpa amal adalah gila, amalan tanpa ilmu adalah    sia-sia

 

ASAS-ASAS AQIDAH PARA SALAF

TAMAT AQABAH PERTAMA

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEFAHAMAN YANG BAIK

DAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN UNTUK  MENGAMALKANNYA

Berperasaan takut (khauf) dan berharapan (raja’) kepada Allah

PENGERTIAN

  • Bahasa, khauf ertinya takut.
  • Istilah, khauf ialah takut kepada Allah Swt. dengan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Syeikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin rahimahullah berkata: “Khauf (rasa takut) adalah suatu pengaruh yang dihasilkan oleh perasaan khawatir terhadap kebinasaan, bahaya, dan gangguan. Allah subhanahu wata’ala telah melarang dari takut kepada wali-wali setan dan memerintahkan hanya takut kepada-Nya” [Syarh Tsalatsatul ushul: 56].

 

Kepentingan takut:

  1. Pencegahan dari perlakuan maksiat.
  2. Pencegahan dari sifat ujub  dengan amalan taatnya.

 

Muqaddimah perasaan takut:

  1. Mengingati banyaknya dosa dan musuh kebaikan yang menjadi tanggungjawab kita.
  2. Mengingati amat kerasnya azab Allah.
  3. Mengingati kelemahan diri untuk menanggung azab.
  4. Mengingati kekuasaan Allah terhadap kita.

 

Pengertian raja

  • Raja’ secara bahasa berasal dari bahasa arab yang bererti berharap atau optimisme. Raja’ adalah perasaan hati yang senang karena menanti sesuatu yang diinginkan dan disenangi.
  • Secara istilah, raja’ diertikan sebagai suatu sikap mental optimis dalam memperolehi karunia dan nikmat Ilahi yang disediakan bagi hamba-hambaNya yang soleh.
  • Imam Qusyairy memberikan pengertian raja’ sebagai keterpautan hati kepada sesuatu yang diinginkannya terjadi di masa yang akan datang.
  • Abu Abdullah bin Khafif memberikan pengertian raja’ sebagai senangnya hati kerana melihat kemurahan Yang Tercinta yang kepadaNya harapan dipautkan dan menganggap adanya keutamaan sebagai tanda harapan yang pasti.
  • Menurut Ibn al-Qayyim, Raja’ menuntut tiga perkara, iaitu cinta kepada apa yang diharapkannya, takut harapannya hilang dan berusaha untuk mencapai apa yang diharapkan. Harapan yang tidak diikuti dengan tiga perkara tersebut bukanlah raja’ melainkan tamanni. Tamanni adalah mengangankan sesuatu yang tidak mungkin dicapai..

 

Raja’ menurut al-Tusi ada tiga macam:

  1. Raja’ fillah  (Redha Allah)
  2. Raja’ fi sa’ah rahmatillah iaitu harapan pada rahmat Allah.
  3. Raja’ fi sawabillah, iaitu mengharap pahala Allah.

 

Kepentingan raja’

  1. Untuk membangkitkan dorongan mengerjakan taat kepada Allah.
  2. Untuk memudahkan kita menanggung derita kepayahan dan kesusahan taat.

 

Kepentingan berperasaan khauf dan raja’ supaya terhindar dari:

  1. Berperasaan aman (dari kemurkaan Allah)
  2. Berperasaan berputus asa (dari rahmat Allah)

 

Cara agar berperasaan khauf dan raja’:

  1. Mengingati Firman Allah tentang galakan dan ancaman.
  2. Mengingati perbuatan Allah tentang pemberian siksa dan kemaafan kepada pelaku dosa.
  3. Mengingati pembalasan Allah terhadap hamba-hambaNya di akhirat dengan balasan pahala dan siksa.

 

Cara agar berperasaan khauf dan raja’:

  1. Mengingati Firman Allah tentang galakan dan ancaman.
  2. Mengingati perbuatan Allah tentang pemberian siksa dan kemaafan kepada pelaku dosa.
  3. Mengingati pembalasan Allah terhadap hamba-hambaNya di akhirat dengan balasan pahala dan siksa.

 

3 sebab duka cita (Para Abid)

  1. Kerana bimbangkan taat tidak dimakmulkan oleh Allah.
  2. Kerana bimbangkan maksiat tidak diampunkan oleh Allah
  3. Kerana bimbangkan makrifat (iman) dicabut oleh Allah.

Kewajipan ikhlas dan mengingati kurniaan Allah dalam amal

PENGERTIAN IKHLAS

Bahasa: Ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih dari kotoran.

Istilah: Ikhlas bererti niat dengan mengharap redha Allah sahaja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain.

 

PENGERTIAN IKHLAS MENGIKUT ULAMA

ØAl-Junaid:Ikhlas ialah membersihkan kerja-kerja amal dari perkara-perkara yang mengeruhkannya.

ØAl-Fudhail: ikhlas itu ialah berkekalan muraqabah kepada Allah Taala dan melupakan semua habuan-habuan ganjaran.

 

3 BAHAGIAN AMAL

  1. Amal yang berlaku serentak dua ikhlas  (ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala) iaitu amal berkaitan dengan ibadah zahir yang asal seperti solat, puasa dan seumpamanya.
  2. Amal yang tidak berlaku dua ikhlas iaitu ibadah batin yang asal seperti iman, tawakkal dan penyerahan diri kepada Allah kerana hal ini merupakan perkara dalaman yang Allah sahaja yang mengetahui (tidak riya’)
  3. Amal yang berlaku ikhlas menuntut ganjaran pahala, bukan ikhlas beramal, iaitu semua amal yang harus yang diambil untuk persediaan beribadah seperti makan, minum dan tidur.

Perbezaan antara Ikhlas Beramal Dan Ikhlas Menuntut Pahala

  • Ikhlas Beramal ialah amal yang dilakukan seseorang dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah (Qurbah ilallah)
  • Ikhlas Menuntut Pahala ialah amal yang dilakukan seseorang dengan niat supaya diterima, mendapat pahala dan mendapat kemulyaan dari Allah.

PERBINCANGAN TENTANG IKHLAS

  1. Apakah ia tempat ikhlas? dan pada taat manakah ia berlaku dan menjadi wajib? (m/s 245)
  2. Bilakah masa (waktu) ikhlas? (m/s 247)
  3. Adakah tiap-tiap amal (masing-masing berhajat kepada ikhlas yang berasingan (khusus untuknya)? (m/s 249)

 

Riya’ dan ’ujub perosak ibadat

RIYA’ DAN ‘UJUB:

FAKTOR UTAMA PEROSAK IBADAH

Menjaga dari perosak amal dengan:

  1. melakukan amal dengan ikhlas.
  2. mengingati kurniaan Allah.

Untuk menghindarkan mudharat iaitu tertolak amal ibadah.

Pengertian riya’

  • bahasa adalah :Riya’ ﺍﻟﺮﻳﺎﺀ)) berasal dari kata ﺍﻟﺮﺅﻳﺔ / ru’yah, yang bererti menampakkan atau memperlihatkan suatu amal kebaikan kepada sesama manusia.
  • Istilah adalah : Melakukan ibadah dengan niat supaya ingin dipuji manusia, dan tidak berniat beribadah kepada Allah SWT.
  • Hafidz Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Kitab-Nya Fathul Baari Berkata :”Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan maksud dan tujuan dilihat manusia. Lalu mereka memuji pelaku amalan itu”.
  • Imam Al-Ghazali, Riya’ ialah : Mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan.
  • Imam Habib Abdullah Haddad berpendapat bahwa Riya’ ialah : Menuntut kedudukan atau meminta dihormati dari pada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk dirinya.

 

KESAN RIYA‘

(2 ke‘aiban dan 2 bencana)

2 ke‘aiban riya‘:

  1. Terbongkarnya ke‘aiban rahasia iaitu celaan dihadapan malaikat (tidak ikhlas)
  2. Terbongkarnya ke‘aiban terang-terangan di hari kiamat dihadapan orang ramai.

2 balak bencana:

  1. Terluput syurga
  2. Masuk neraka.

 

2 JENIS RIYA’

  1. Riya’ semata-mata (Riya’ kholish): melakukan ibadah menghendak manfaat dunia sahaja seperti pujian dari manusia.
  2. Riya’ yang bercampur (Riya syirik): menghendaki manfaat dunia dan akhirat seperti melakukan solat dengan niat untuk menjalankan perintah Allah, dan juga kerana untuk mendapatkan pujian dari manusia, dan keduanya bercampur.

 

KASAD  DAPAT PAHALA  ATAU DOSA?

Ibadat seseorang dapat pahala atau dosa bergantung kepada kasadnya:

  1. Semata-mata riak = membatalkan pahala ibadat
  2. Kasad lebih kepada riak daripada kepada ibadat = membatalkan pahala ibadat
  3. Bersamaan kasad ibadat dengan kasad riak = tiada diberi pahala tetapi dapat dosa dan seksa
  4. Kasad lebih kepada ibadat daripada riak = tiada hilang pahala menurut kadar segala ibadatnya dan sah ibadatnya itu dan diberi pahala tetapi diseksa menurut kadar kasad riaknya itu atau dikurangkan pahala ibadatnya sekadar riaknya

 

PERBINCANGAN TENTANG RIYA’

  1. Adakah riya’ semata-mata boleh berlaku kepada orang arif? (m/s 244)
  2. Bagaimanakah pendapat paling kukuh?
  3. Adakah orang yang beramal menghendaki manfaat dunia dari Allah termasuk riya’? (m/s 249)
  4. Adakah seseorang yang membaca surah al-waqi’ah supaya Allah meluaskan rezekinya termasuk riya’ (252)

Tujuh ‘Aqabah

  1. ‘Aqabah ilmu
  2. ‘Aqabah taubat
  3. ‘Aqabah penghalang
  4. ‘Aqabah kedatangan gangguan-gangguan rintangan
  5. ‘Aqabah pendorong
  6. ‘Aqabah perosak
  7. ‘Aqabah puji dan syukur

—————————————————————————————

 1. ‘Aqabah Ilmu
 Penyakit :  1. malas menuntut ilmu
 2. Rasa sudah pandai
 3. sombong
Ubat :  1. wajib keatas semua manusia
 2. menuntut ilmu hendaklah dipandang besar
 3. ilmu adalah permata yang mulia
 4. bencana yang besar bagi yang beramal tanpa ilmu
2. ‘Aqabah Taubat
Penyakit :  Tidak menyesal atas perbuatan dosa.

  1. Dosa kerana meninggalkan kewajipan allah
  2. Dosa kerana perbuatan anda dengan Allah
  3. dosa antara anda dengan hamba Allah
 Ubat : 1. mengingati sangat buruknya dosa
2. mengingati sangat kerasnya seksaan Allah
3. mengingati kelemahan dan kekurangan daya upaya anda untuk menanggung azab seksaan Allah
 3. ‘Aqabah Penghalang
 Penyakit : 1. dunia dan isinya
 2. makhluk atau manusia toleh
 3. syaitan
 4. Hawa Nafsu
 5. Perut
  Ubat :  1. Taqwa
 2. zuhud
3. takut api neraka
 4. ‘Aqabah kedatangan gangguan-gangguan rintangan
 Penyakit :  1. Rezeki
 2. Bahaya-bahaya, kehendak dan maksudnya
 3. Qada’ Allah dan berbagai jenis kedatangannya
 4. Kesusahan-kesusahan dan segala bala bencana
 Ubat :   1. bertawakkal kepada Allah
 2. Penyerahan diri kepada Allah
 3. Reda terhadap qada’ Allah
 4. Bersabar
  5. ‘Aqabah pendorong
Penyakit :  1. Cenderung kepada mengerjakan maksiat, kejahatan, fitnah
 2. merasa ‘ujud dengan amalan-amalan taatnya
 Ubat :  1. Khauf – berperasaan takut
 2. Rajaa’ – berharapan kepada Allah
 6. ‘Aqabah Perosak
 Penyakit :  1.  riya’
 2. ‘ujud – membesar-besarkan amal soleh dari sendiri
 Ubat :  ikhlas
 7. ‘Aqabah Puji dan Syukur
 Penyakit :  1. kufur nikmat
 2. Cela
 Ubat :  1. Puji – jumlah amalan zahir spt tasbih dan tahlil
 2. syukur -meng’agungkan Allah (Pemberi nikmat), terbentuk dari bentuk-bentuk sabar dan penyerahan diri kepada Allah

 

‘AQ,ABAH KETUJUH : ‘AQABAH PUJl DAN SYUKUR

8.1. Kewajipan puji dan syukur kepada Allah
8.2. Pembahagian nikmat
8.3. Hakikat puji dan syukur
8.4. Tempat letak syukur
8.5. Keutamaan di antara syukur daN sabar
8.6. Faedah bersyukur
8.7. Kemudaratan tidak bersyukur
8.8. Mengenal kadar kemuliaan nikmat-nikmat Allah
8.9. Tertipu dengan nikmat-nikmat yang sedang dinikmati
8.10. Melaksanakan kewajipan puji dan syukur
8.11. Cara menghasilkan puji dan syukur
8.12. Perjalanan ke akhirat
8.13. Perkara asas yang mesti dituntut oleh seseorang

‘AQABAH KEENAM: ‘AQABAH PEROSAK

7.1. Riya’ dan ’ujub perosak ibadat
7.2. Kewajipan ikhlas dan mengingati kurniaan Allah dalam amal
7.3. Bahaya Riya’
7.4. Pembahagian ikhlas
7.5. Riya’ dan jenisnya
7.6.Tempat letak ikhlas
7.7. Bahaya ’ujub
7.8. Hakikat ’ujub
7.9. Kesan ’ujub terhadap amal
7.10. Sepuluh perosak amal
7.11 Pengertian ihbat, thawab, tad’if dan razanah
7.12 Keterangan Ianjut tentang bahaya riya’ dan ’ujub
7.13 Perbahasan lanjutan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan riya’ dan ’ujub