14. KAUNUHU ‘AJIZAN ( )
Ertinya: KeadaanNya yang lemah daripada menjadikan mumkin.
Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu
Tahap Mutawassit
14. KAUNUHU ‘AJIZAN ( )
Ertinya: KeadaanNya yang lemah daripada menjadikan mumkin.
11. SHAMAM ( )
Ertinya: Tuli. ’
Seperti dikatakan Tuhan mendcngar dengan alat lubang telinga atau ia mendengar pada yang hampir tetapi tiada mendengar pada yang jauh atau ia mendengar pada yang bersuara sahaja.
1. ‘ADAM ( )
Ertinya: Tiada.
Maka tiap-tiap yang lain daripada Tuhan dinamakan ‘Adam (boleh jadi ‘adam).
20. KAUNUHU MUTAKALLIMAN ( )
Ertinya: Keadaan Tuhan yang berkata-kata.
Maka hakikatnya ialah sifat yang berdiri dengan dzat Tuhan, tiada ia maujud dan tiada ia ma’dum, iaitu lain
daripada sifat Kalam.
19. KAUNUHU BASHIRAN ( )
Ertinya: Kcadaan Allah Ta’ala yang melihat akan tiap-tiap yang maujudat (benda yang ada).
Hakikatnya ialah sifat yang berdiri dengan dzat Tuhan, tiada ia maujud clan tiada ia ma’dum, iaitu lain daripada
sifat Bashar.
18. KAUNUHU SAMI’AN ( )
Ertinya: Keadaan Allah Ta’ala yang mendengar akan tiap-tiap yang maujud.
Hakikatnya ialah sifat yang berdiri dengan dzat Tuhan tiada ia maujud dan tiada ia ma’dum, iaitu lain daripada sifat Samu’.
17. KAUNUHU HAIYAN ( )
Ertinya: Keadaan Allah Ta’ala yang hidup.
Maka hakikatnya ialah sifat yang berdiri dengan dzat Allah Ta’ala tiada ia maujud dan tiada ia ma’dum, iaitu
lain daripada sifat Hayat.
14. KAUNUHU QADIRAN ( )
Ertinya: Keadaan Allah Ta’ala yang bcrkuasa mengadakan dan mentiadakan.
Maka hakikatnya iaitu sifat yang bardiri dengan dzat Allah Ta’ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma’dum, iaitu lain daripada sifat Qudrat.
10. AL-HAYAT ( )
Ertinya: Hidup.
Tiada dengan nyawa dan nafas dan tidak dcngan kejadian yang cmpat ‘anasir dan tiada hidupnya dengan makan minum, maka hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada qadim lagi azali berdiri pada dzat Allah Ta’ala. Ia mengesahkan segala sifat yang ada berdiri pada dzat daripada sifat idrak (pendapat), iaitu; Qudrat, Iradat, ‘llmu,
Sama’, Bashar dan Kalam. Dan sifat hayat itu menjadi syarat pada hukum ‘aqli bagi segala sifat ma’ani (lazim daripada tiada hayat, maka melazimkan tiada sifat ma’ani dan lazim daripada ada hayat, ada segala sifat ma’ani).
8. AL-IRADAT ( )
Ertinya: Menghendaki.
Yakni, menentukan sekalian mumkin tentang adanya atau tiadanya. Hakikatnya ialah sifat yang qadim lagi azali
tsabit berdiri pada dzat Tuhan, dengan dia mencntukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas
mumkin, ialah jua yang mempelbuat apa yang dikehendaknya pada tiap-tiap suatu, maka tiada bolch nyata
sesuatu perbuatan yang tiada daripada pilihan dan kehendak Allah Ta’ala.
Maka kepercayaan orang Islam atas sifat Al-lradat itu iaitu beri’tiqad dan percaya yang putus segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku ialah dengan mendapat ketentuan daripada Tuhan pada tentang rezeki, umur, baik, jahat, kaya, miskin dan sebagainya serta wajib pula kita ber’iktiqad manusia ada mempunyai nasib (bahagian) didalam dunia ini bagaimana firman Tuhan:
Qashash: Ayat 77)
Tctapi nasib itu tidak akan dapat scmata-mata kita pulangkan kcpada ketentuan taqdir daripada Tuhan jua jika kita tidak berusaha dan bcrikhtiar dcngan scbaik-baik usaha dan ikhtiar”.
Maka hcndaklah difzlhurn baik-baik di dalam masalah ini adalah manusia itu tclah disuruh berikhtiar mencari,
bekcrja, bcrusaha, membuat baik, ber’amal soleh. Demikian juga dilarang sebaliknya, maka wajiblah manusia ta‘at dan mcnycmpurnakan scgala titah pcrintah ini scrta bcrhenti dari mengerjakan segala larangannya.
Pendck kata umat Islam bersungguh-sungguh bcrharapkan kemajuan di dalam dunia dan akhirat, maka hendaklah bcrjalan atas qaedah mcnjunjung titah perintah Tuhan dan menjauhi segala tegahannya kemudian baharu bermohon dan berscrah kepada Tuhan.
Maka sangat-sangat dilarang lagi terlalu keji di sisi agama Islam, manusia hidup di dalam dunia ini semata-mata berserah, bermohon atas ketentuan takdir Tuhan sahaja dengan tidak berusaha dan berikhtiar.